0Item(s)
0 0

Jadilah Remaja Bahagia Dan Berjaya

Product Code EM2050
Product Name: Jadilah Remaja Bahagia Dan Berjaya
Category: Mahfuzah Mohammed Zabidi
Date Created: April 3, 2019 10:15:02 AM
Original Price: MYR 40.00
After Discount: MYR 30.00

Jadilah Remaja Bahagia Dan Berjaya

Penulis ditakdirkan mengajar di sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah. Lima tahun bertugas di situ sebelum berpindah ke UiTM. Pengalaman bersama remaja, khususnya dalam lingkungan 13 tahun sehingga 24 tahun dikongsikan sebahagiannya dalam buku ini. Kisah-kisah yang dikongsikan memberikan bahan fiki cerminan dan muhasabah ketika alam remaja dahulu.

Penulis mendapati sekiranya remaja dibimbing dengan baik, potensi dan kekuatan diri mereka akan terzahir dan boleh dimanfaatkan untuk umat. Jika pembaca adalah remaja, kisah-kisah dan tips yang termuat dalam buku ini boleh dijadikan pedoman. Para remaja akan melihat ujian kehidupan yang dilalui oleh segelintir remaja yang lain.

Justeru, pasakkan jiwa syukur dan sabar dalam bergelut dengan jiwa muda. Jika pembaca adalah ibubapa atau pendidik, kisah yang dikongsikan dapat mencipta persepsi yang positif dan semangat untuk membangunkan remaja. Cabaran membentuk naluri remaja yang umumnya inginkan kebebasan dapat didepani dengan positif dan penuh kasih sayang. Mungkin juga terdapat pelbagai persepsi terhadap cerita yang saya kongsikan. Tujuan saya adalah untuk kita sama-sama terus bersangka baik terhadap remaja dan berusaha mendidik mereka sesuai dengan zaman mereka.