0Item(s)
0 0

Panduan 44 hari pantang Tradisional & Moden

Product Code EM2033
Product Name: Panduan 44 hari pantang Tradisional & Moden
Category: Masayu Ahmad
Date Created: January 4, 2019 6:24:08 PM
Original Price: MYR 40.00
After Discount: MYR 20.00

Panduan 44 hari pantang Tradisional & Moden

Dilahirkan sebagai wanita adalah satu kurniaan, justeru kehamilan juga adalah satu lagi kurniaan bagi seorang wanita untuk bergelar seorang ibu. Apabila disahkan hamil, ramai yang teruja untuk menantikan kehadiran cahaya mata. Tidak kiralah cahaya mata pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya.

Banyak perkara perlu diambil perhatian iaitu sebelum hamil, semasa hamil dan selepas hamil. Penjagaan bermula semasa persediaan awal kehamilan, selama sembilan bulan seterusnya penjagaan rapi semasa berpantang.

Penjagaan adalah bermula sebelum hamil dan ia berterusan selepas kelahiran. Proses pantang 44 hari adalah tempoh waktu untuk memulih dan mengembalikan semula kecergasan badan. Ia berlanjutan selama 100 hari untuk mendapatkan hasil maksima.
Kaedah pantang secara tradisional masih lagi menjadi pilihan, tetapi alternatif rawatan moden seperti pakej rawatan pantang di SPA adalah satu usaha untuk mempercepatkan lagi untuk mendapatkan badan yang langsing.

Isu yang paling menjadi persoalan apabila selepas melahirkan anak ialah soal mengembalikan semula berat badan. Buku ini khusus memberi panduan tentang pengurusan dan penjagaan selepas kelahiran iaitu tempoh berpantang dan selepas pantang.
Kembali langsing selepas hamil adalah matlamat utama. Matlamat yang lain ialah ingin memulihkan kesihatan dalaman dan mengembalikan semula kecergasan badan. Ini sangat penting bagi wanita, terutama untuk mengimbangi urusan kerjaya dan rumahtangga.Tumpuan bukan semata-mata menurunkan berat badan, tetapi pemulihan dalaman dan juga luaran juga perlu diambil perhatian.

Dimuatkan panduan berpantang secara tradisional dan pilihan rawatan secara moden. Semoga ia bermanfaat dan semoga pembaca dapat menjadikan buku ini sebahagian daripada panduan untuk melengkapkan lagi maklumat sedia ada sebagai panduan berpantang.

Selamat berpantang dan semoga kembali langsing dan anggun.