0Item(s)
0 0

Menanam Rutin Al Quran

Product Code EA2016
Product Name: Menanam Rutin Al Quran
Category: AAA Penulis
Date Created: April 2, 2019 2:03:28 PM
Original Price: MYR 40.00
After Discount: MYR 30.00

Menanam Rutin Al Quran

Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam, kitab suci dan kompas kepada kehidupan, sangat perlu dijadikan pendamping utama setiap Muslim. Menerusi e-book ini, penulis berkongsi cara untuk kita melazimi Al-Quran dalam aktiviti seharian melalui panduan jalinan sinergi antara penulisan diari dengan ta'amul maal quran.
Antara topik yang diketengahkan dalah Diari Produktif Al-Quran, Disiplin Rutin Al-Quran, Strategi Istiqamah, Panduan Ibu Bapa dan Mendorong Anak. Turut dikongsikan panduan jenis-jenis mushaf Al-Quran, cara bersahabat dengan Al-Quran dan adab asas ketika membaca Al-Quran.

Saya tertarik dengan topik Catatan Segera, iaitu dengan menggunakan sticky note untuk mencatat ayat Quran yang menarik minat kita untuk ditadabbur dan difahami dengan lebih mendalam. Ada masanya kita hanya sempat membaca ayat dan terjemahan sahaja tetapi tidak begitu memahami makna di sebalik ayat tersebut.

Jadi tujuan sticky note tadi adalah untuk memudahkan kita merujuk kembali dan membuat catatan lanjut tentangnya. Indahnya jika kita dapat menjadikan Al-Quran sebagai peneman setia setiap hari. Itulah antara tujuan e-book ini ditulis, semoga yang membacanya dapat meningkatkan kefahaman dan kecintaan terhadap Al-Quran dengan menanam rutin dan disiplin untuk membacanya.

Ulasan oleh Hifzaila Hafni, penulis e-book Kuasai Asas Suntingan